Back to Recipe Print

Recipe for "Three Layer Green Tea"


Tips

-Air gula melaka boleh dibuat lebih dan disimpan dalam peti. Boleh dimakan dengan puding sagu, atau kalau nak buat lagi air 3 layer, hanya tuangkan sahaja.

-Serbuk green tea yang Faa gunakan yang jenis daun, kita kena rendam dan tapis. Boleh juga gunakan serbuk green tea/matcha powder yang dijual di kedai bakery. Lebih mudah tak perlu ditapis.

Ingredients

Serbuk Thai Green Tea 1 sudu
Air Secukupnya
Gula Melaka (Hiris) 3 sudu
Gula Pasir 3 sudu
Daun Pandan 1 helai
Susu Cair 1/2 cawan
Ais Secukupnya

Instructions

1

Masukkan serbuk Thai green tea & 1 cawan air dalam periuk. Masak hingga mendidih. Biar suam dan tapiskan.

2

Masukkan gula melaka, gula pasir, daun pandan dan 5 sudu air dalam periuk kecil. Masak hingga gula larut dan kacau rata. Tapis dan sejukkan.

3

Tuang air gula melaka dalam gelas (ikut citarasa), letak ais, tuang susu cair dan atas sekali, tuang air green tea pekat. Kacau dan minum!