Mangga Muda | 4 biji |
Asam Kulit Limau | 1 paket kecil |
Asam Boi | 20 biji |
Cili Api | 15 biji |
Gula | 2 cawan |
Mangga muda dihiris nipis setelah dikupas kulitnya dan dibuang bijinya.
Rendam hirisan mangga tersebut didalam air kapur selama 20 minit. Selepas itu, basuh dan toskan.
Masukkan gula dan kacau sehingga sebati.
Kulit asam limau dihiris nipis nipis dan dimasukkan dalam adunan tadi.
Masukkan asam boi dan juga cili api yang dihiris dan kacau sebati.