Back to Recipe Print

Recipe for "Salad Salatoh"


Tips

Sekiranya tiada lemon boleh digantikan dengan limau nipis.

Utk tekstur yang berbeza boleh tambahkan keju feta dan hirisan ayam yang dipanggang.

Cili merah boleh gantikan capsicum.

Ingredients

Timun Jepun 1 biji
Capsicum Merah 1 biji
Tomato 2 biji
Daun Ketumbar 2 tangkai
Madu 1 sudu besar
Lemon Setengah biji
Garam Secukup rasa
Lada Hitam Secukup rasa
Minyak Zaitun 2 sudu besar

Instructions

1

Timun jepun dipotong dadu.

2

Tomato dipotong dadu dan dibuang biji-bijinya.

3

Capsicum merah dipotong dadu dan dibuang biji- bijinya.

4

Daun ketumbar dicincang halus.

5

Satukan madu, perahan lemon dgn sedikit garam dan lada hitam. Campurkan sedikit minyak zaitun. Kacau rata.

6

Satukan semua bahan sayuran di dalam bekas salad. Curahkan adunan vinegrate ke dalam salad dan kacau rata.

7

Salad boleh terus dimakan atau boleh disejukkan dulu di dalam peti sejuk.