Back to Recipe Print

Recipe for "3 Layers Caramel Pudding"


Tips

1. Semasa menyediakan karamel, ubah kedudukan loyang atas api supaya gula tidak hangus.
2. Jangan pukul telur hingga berbuih. Cukup sekadar bergaul sebati. Begitu juga ketika dimasukkan pewarna. Tak perlu pukul beria.
3. Saya guna loyang aluminium, saya buat karamel dlm loyang & terus kukus puding menggunakan loyang tersebut. Jika guna loyang plastik untuk mengukus buat karamel dlm periuk lain & tuang dlm loyang.

Ingredients

Untuk Karamel
Gula Pasir 3 sb
Air 2 sb
Bahan Untuk Puding
Roti Putih 4 keping
Telur 3 biji
Susu Cair 1 cawan
Air Suam 1 1/2 cawan
Susu Pekat Manis 3/4 cawan
Esen Vanila 1 sk
Garam Secubit
Pewarna Merah, Ungu & Kuning Beberapa titik

Instructions

1

Panaskan loyang & taburkan gula pasir. Cairkan gula hingga warna keperangan menggunakan api kecil. Masukkan air & kacau. Angkat dari api & ketepikan.

2

Carikkan roti & masukkan dalam blender bersama susu cair, air suam, susu pekat, esen vanila & garam. Blend hingga halus.

3

Dalam bekas berasingan pecahkan telur & pukul sedikit dengan garfu hingga sebati.

4

Satukan bahan kisar & telur & kacau sebati. Bahagikan kepada 3 bahagian.

5

Titikkan pewarna & kacau sekata.

6

Tuangkan adunan berwarna pink ke dalam loyang karamel. Masukkan dlm pengukus yg telah dipanaskan terlebih dahulu. Kukus selama 10min.

7

Tuangkan adunan kuning & kukus lagi selama 10min. Tuang adunan purple & kukus selama 15min.

8

Keluarkan dari pengukus & biarkan sejukkan dahulu barulah ditelangkupkan.

9

Masukkan dalam peti sejuk & bolehlah dihidangkan apabila sejuk.