Back to Recipe Print

Recipe for "Pancakes Karamel Dan Anggur"


Tips

Untuk menghasilkan 'pancakes' yang gebu gunalah tepung naik sendiri jika menggunakan tepung gandum 'pancake' yang dihasilkan seakan-akan tekstur lempeng.

Ingredients

Tepung Naik Sendiri 250 g
Susu Segar 100 ml
Telur 1 biji
Esen Vanilla 1 sudu kecil
'baking Soda' 1 sudu kecil
Air Suam 100 ml
Karamel
Gula 5 sudu besar
Air 150 ml
Esen Vanilla 1 sudu kecil
Bahan Hiasan
Anggur Segar 3-6 biji
Untuk Memasak 'pancakes'
Mentega 20 g

Instructions

1

Sediakan mangkuk besar. Masukkan tepung naik sendiri dan baking soda. Gaulkan untuk sebatikan campuran tersebut.

2

Kemudian, masukkan susu, air dan esen vanilla. Gaulkan bahan-bahan tersebut sehingga sebati. Setelah sebati masukkan telur dan gaulkan sehingga sebati

3

Kemudian, panaskan 'pan' dan masukkan sedikit mentega. Ini untuk memastikan 'pancakes' tidak melekat di atas 'pan'.

4

Kemudian tuangkan adunan 'pancakes' ke atas 'pan'. Tunggu dalam seminit dan terbalikkan 'pancakes'. Kemudian angkat 'pancakes' jika sudah masak.

5

Ulang langkah tersebut, sehingga adunan 'pancakes' habis.

6

Kemudian, gunakan 'pan' yang sama untuk membuat karamel. Masukkan gula, air dan esen vanilla ke dalam 'pan' kemudian panaskan. Sila gunakan api kecil.

7

Sentiasa gaul bahan-bahan tersebut untuk mengelakkan gula tersebut hangus. Karamel hampir siap jika ia mula berbuih buih.

8

Kemudian, jika ia sudah bertukar warna ke warna coklat matikan api dan karamel pun siap.

9

Tuang karamel ke atas 'pancakes' dan letakkan 2-3 biji anggur di atas 'pancakes'