Back to Recipe Print

Recipe for "Kuih Sagu"


Tips

1. Bentukkan sagu apabila sagu diselaputi kelapa kerana pada tahap ini sagu tidak melekat di tangan.
2. Kelapa parut dikukus supaya tahan lama & tidak cepat basi.

Ingredients

Sagu 1 cawan
Air 1 1/2 cawan
Gula Pasir 3/4 cawan
Sirap Ros 1/2 sb
Kelapa Parut (Kukus Sebentar) 2 cawan
Garam Sedikit

Instructions

1

Rendam sagu dalam air selama 20-30 minit. Toskan air rendaman & basuh sagu. Toskan air.

2

Didihkan air bersama sirap ros. Masukkan sagu. Kacau hingga sagu kembang.

3

Masukkan gula & kacau hingga gula larut. Terus kacau hingga kembang. Tutup api dan masukkan dalam loyang untuk dikukus.

4

Masukkan sagu dalam pengukus yg telah dipanaskan terlebih dahulu. Kukus hingga tiada lagi biji putih pada sagu. Biarkan sagu sejuk.

5

Cedok sagu menggunakan sudu mengikut saiz yg diingini.

6

Masukkan ke dalam kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam. Golek2kan supaya semua permukaan disaluti kelapa.

7

Bentuk sagu kepada bentuk diingini menggunakan tangan. Lakukan hingga habis.