Back to Recipe Print

Recipe for "Churros With Cinnamon Sugar"


Tips

Enak dimakan semasa panas kerana tekstur yang masih rangup.

Ingredients

Churros
Tepung Gandum 1 cawan
Baking Powder 1 cmt
Mentega 20 g
Gula Halus 1 cmb
Air 1 cawan
Telur 1 biji
Esen Vanilla 1 cmt
Cinnamon Sugar
Gula Halus 3 cmb
Serbuk Kayu Manis 1 cmt

Instructions

1

Masak air, gula halus & mentega hingga mendidih. Tutup api.

2

Masukkan tepung gandum bercampur serbuk penaik ke dalam periuk air sedikit demi sedikit sambil diputar menggunakan mixer.

3

Masukkan telur & esen vanilla & terus putar hingga rata & likat.

4

Panaskan minyak.

5

Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle berbentuk bintang.

6

Paip doh ke dalam kuali. Gunting doh mengikut panjang yang dikehendaki.

7

Apabila telah kekuningan, angkat & toskan di atas kertas minyak.

8

Campurkan gula halus & serbuk kayu manis. Taburkan kepada churros semasa hangat. Sedia dihidang.