Back to Recipe Print

Recipe for "Pedal & Hati Ayam Masak Kicap"


Tips

1. Basuh pedal & hati ayam dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir.
2. Pedal & hati ayam seeloknya direbus kerana jika digoreng minyak akan meletup. Tapi terpulang pada cara masing2.

Ingredients

Pedal Ayam 4 keping
Hati Ayam 4 keping
Kacang Buncis 10 batang
Kicap Manis Kipas Udang/jalen 2sb
Serbuk Kunyit 1sk
Cili Merah Dihiris 1 batang
Garam Secukup rasa
Bahan Kisar
Bawang Besar (Saiz Sederhana) 1 labu
Bawang Putih 3 ulas
Halia 2 cm

Instructions

1

Potong pedal & hati ayam ikut kesukaan. Rebus supaya pedal & hati empuk. Tapis & toskan air.

2

Panaskan minyak & goreng sebentar pedal & hati ayam. Angkat & toskan minyak.

3

Tumis bahan kisar menggunakan minyak gorengan pedal & hati tadi. Biarkan hingga berbau wangi.

4

Masukkan kicap, serbuk kunyit, pedal & hati ayam. Kacau & masak hingga sedikit kering.

5

Perasakan dgn garam secukup rasa.

6

Masukkan kacang buncis & cili merah. Kacau & biarkan sehingga kacang berubah warna.

7

Tutup api & sedia dihidang.