Back to Recipe Print

Recipe for "Nasi Ayam Ekspress"


Tips

-ayam tak perlu diperap dengan apa2 kerana sudah menyerap pelbagai rasa semasa direbus.

-sos cili dan kuah kicap digabungkan, boleh buat lebih & sedap dibuat pencicah keropok, pisang goreng dll.

Ingredients

Ayam (Potong Kecil)-Simpan Kulit Ayam 1 Cawan 1 ekor
Halia (Ketuk) 3 inch
Serai (Titik) 2 batang
Sup Bunjut 1 bungkus
Daun Sup (Potong Panjang2,ambil Akar Sekali, Basuh Bersih) 3-4 tangkai
Kiub Ayam 2 ketul
Bawang Besar (Hiris) 1 biji
Bawang Putih (Ketuk) 3 ulas
Daun Pandan 2 helai
Beras 3 pot
Ulam Pilihan (Tomato Hiris, Kobis Hiris,salad, Timun, Dsb) Ikut kesukaan
Minyak Untuk Menggoreng Ayam Secukupnya
Bahan Sos Cili Kicap
Cili Besar 4 biji
Cili Api 3-4 biji (ikut citarasa)
Bawang Putih 2 ulas
Kicap Manis 1 cawan
Sos Cili 1/2 cawan
Garam Dan Gula Secukup rasa, biar manis sikit
Cuka Makan 1-2 sudu
Tepung Jagung 2 sudu
Air 1/2 cawan

Instructions

1

Ayam dibersihkan, simpan kulit ayam untuk nasi (untuk sedapkan nasi, tak nak isi pun takpe, kulit ayam boleh dibuang).

2

Masukkan ayam,halia,serai,sup bujut,bawang,bawang putih,daun sup,1 kiub ayam&garam; ke dalam periuk. rebus sampai ayam masak. angkat ayam & toskan.

3

Untuk nasi,masuk beras dalam rice cooker dengan sedikit air rebusan ayam,1 kiub ayam,kulit ayam&daun; pandan.masak mcm nasi biasa.kacau tiap 10min.

4

Panaskan minyak, goreng ayam yg ditos tadi guna api besar. goreng sekejap saja biar luar rangup tapi dalam masih lembut.

5

Untuk sos cili kicap, blend semua bahan kecuali garam dan gula. masak api kecil & kacau selalu sampai pekat. perasa garam & gula. biar manis sikit.

6

Sedia untuk dihidang, nasi, sup, ayam, ulam dan sos. simple dan sedap!