Back to Recipe Print

Recipe for "Telur Goreng Masak Asam"


Tips

Kalau nak lagi sedap, saya selalu gunakan lada putih yang biji dan bukan lada putih serbuk. Saya tumbuk lada putih tu sehingga menjadi serbuk yang akan kasar dan ini yang membuatkan rasa tu lagi terangkat. Satu lagi selain telur, anda juga boleh gantikan dengan ikan bilis.

Ingredients

Telur 5 biji
Bawang Merah 2 ulas
Bawang Putih 2 ulas
Halia 1 inci
Lada Putih (Biji) 8-10 biji
Air Asam Jawa 100 ml
Serbuk Kunyit 1 sudu kecil
Garam Secukupnya
Minyak Masak Secukupnya
Gula Secukupnya

Instructions

1

Pertama sekali, goreng telur.
Kemudian, kurangkan minyak yang telah digunakan untuk menggoreng telur tadi untuk menumis bahan tumisan.

2

Tumis bawang merah, bawang putih, halia (bahan ini ditumbuk sehingga lumat) dan lada putih (ditumbuk sehingga menjadi serbuk kasar) sampai naik bau.

3

Kemudian, masukkan serbuk kunyit dan dan gaulkan hingga sebati.

4

Seterusnya, masukkan air asam jawa dan gaul sebati. Masukkan garam dan gula untuk menyeimbangkan rasa.

5

Angkat sekiranya kuah mula menggelegak. Sedia untuk dihidang.