Back to Recipe Print

Recipe for "Nasi Ayam Planta"


Tips

ayam tu xpyh ptong 10 pn xpa... ptong bnyk mana suka

Ingredients

Bahan Ayam
Ayam Dipotong 10 1 ekor
Kicap Pekat 3 sudu besar
Kicap Manis 1 senduk
Gula 1/2 senduk
Kiub Ayam 1
Minyak Bijan 3 sudu
Bawang Putih Dikisar 3 biji
Halia Dikisar 5 inc
Bahan Nasi
Beras Cuci Bersih Toskan 4 cwn
Air Rebusan Ayam Secukupnya untuk menanak nasi
Planta 1 senduk
Bawang Putih Dikisar 5 ulas
Halia Dikisar 1 inc
Serai Dititik 2 batang
Bunga Lawang Sekuntum
Buah Pelaga 3 biji
Bunga Cengkih 5 ulas
Garam Secukup rasa.
Bahan Sos Cili
Bawang Putih Kisar 3 ulas
Halia Kisar 1 inc
Cili Merah Dikisar 6 biji
Sos Cili 2 senduk
Sos Tomato 1 senduk
Garam Dan Gula Secukup rasa
Planta 3 sudu besar
Bahan Sos Kicap
Planta 1 sudu besar
Bawang Putih Kisar 2 ulas
Kicap Manis 1 senduk
Cili Padi Dihiris 3 biji
Halia Kisar 1 inc

Instructions

Bahan Ayam

1

Rebus ayam yg telah di potong dan di cuci bersih hingga empuk.

2

Air rebusan ayam jangan di buang kerana akan di gunakan untuk menanak nasi.

3

Campurkan semua bahanbahan di atas.

4

Lumurkan pada ayam yg telah di rebus tadi.

5

Perap sekejap.

6

Panaskan minyak yg banyak dan goreng ayam tadi.

Bahan Nasi

1

Masukkan planta dalam periuk nasi dan tumis sekejap bahan2 untuk menanak nasi.

2

Masukkan air rebusan ayam dan beras.

3

Tanak nasik sehingga masak.

Bahan Sos Cili

1

Campurkan semua bahan untuk membuat sos.

2

Masak atas api dan kacau

3

Bila dah 3/4 masak masukkan 3 sudu besar planta, untuk mendapatkan aroma dan sos yang berkilat.

4

Perasakan dengan garam dan gula.

Bahan Sos Kicap

1

Tumiskan semua bahan sos kicap dgn planta.

2

Tambahkan hirisan cili padi untuk menambahkan kepedasan.