Back to Recipe Print

Recipe for "Bergedil Kentang Bujang Style"


Tips

Jangan rebus kentang sehingga terlalu lembut, sebab kalau lembut sangat sukar untuk di bentuk nanti dan takut merekah sewaktu digoreng nanti.

Ingredients

Kentang 5 biji
Daun Sup Secukupnya
Bawang Merah 5 ulas
Maggi Cukup Rasa Secukupnya
Telur 2 biji
Minyak Masak Secukupnya

Instructions

1

Pertama sekali, rebus kentang dan kemudian lenyekkan kentang tersebut.

2

Seterusnya, goreng bawang merah (dihiris) sekejap sahaja dan campurkan ke dalam kentang yang telah dilenyekkan dan gaul hingga sebati.

3

Masukkan daun sup yang telah dihiris-hiris dan Maggi Cukup Rasa dan gaul hingga sebati.

4

Kemudian, apabila bahan semua sudah sebati, bentukkan adunan tadi mengikut bentuk yang anda kehendaki.

5

Bergedil yang telah dibentuk tadi perlu dicelupkan ke dalam telur yang telah dikacau sebelum digoreng.

6

Gorengkan bergedil tersebut sehingga bertukar warna menjadi kecoklatan. Angkat bergedil, dan sedia untuk dihidang.