Back to Recipe Print

Recipe for "Donut "chocolate Rice""


Tips

Tambahkan mentega untuk melembutkan lagi donut.

Ingredients

Tepung Gandum 500 g
Ibu Roti (Yeast Mauripun) 1 paket
Gula 1 sudu
Garam Sedikit sahaja
Mentega 2 sudu
Susu Pekat 3 sudu
Air Secukupnya
Untuk Toping
Chocolate Rice Secukupnya
Mentega Secukupnya

Instructions

1

Masukkan tepung ke dalam bekas dan campurkan dengan ibu roti (bancuh dengan air), gula, garam, mentega, susu pekat dan sedikit air. Gaul hingga sebati

2

Uli doh donut tersebut sehingga doh tidak melekat ditangan. Kemudian, biarkan doh dan tutup dengan kain atau apa-apa yang boleh menutup bekas doh itu

3

Setelah dibiarkan selama 20 minit doh tadi akan kembang dan membesar dari saiz asal. Kemudian, boleh lah mula untuk membentuk doh donut tersebut.

4

Sediakan talam atau pinggan yang ditabur tepung supaya doh tidak melekat. Bentuk semua doh sebelum menggorengnya.

5

Seterusnya, goreng donut tersebut dengan api yang kecil. Setelah warna bertukar menjadi coklat terbalik donut tersebut.

6

Angkat donut, setelah kedua-dua belah donut sudah berubah warna kecoklatan.

7

Biarkan dahulu donut sejuk sedikit sebelum membuat toping. Sebab kalau buat semasa panas-panas, mentega akan cair.

8

Setelah donut sudah sejuk sedikit, sapukan mentega di atas donut tersebut untuk melekatkan Chocolate rice.

9

Setelah semua donut mempunyai toping, donut sedia untuk dihidang.