Back to Recipe Print

Recipe for "Mee Goreng Sayur Kubis"


Tips

Jangan rebus mee kuning terlalu lama, takut mee jadi lembik dan tak sedap dimakan nanti.

Ingredients

Mee Kuning 1 bungkus
Bawang Merah 3 ulas
Bawang Putih 3 ulas
Kicap 5 sudu
Sos Cili 3 sudu
Air 100 ml
Kubis Secukupnya
Gula 1/2 sudu
Maggi Cukup Rasa 1 sudu

Instructions

1

Rebus mee kuning dan kemudian toskan airnya.

2

Kemudian, tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk lumat. Tumis hingga naik bau.

3

Masukkan kicap, sos cili, Manggi Cukup Rasa dan gula. Gaul hingga sebati.

4

Seterusnya, masukkan air dan gaul hingga sebati. Selepas itu, masukkan mee kuning dan gaul hingga sebati.

5

Masukkan sayur kubis dan gaulkan hingga sebati.

6

Setelah mee dah mula kering dan sayur pun dah masak, matikan api. Mee goreng sedia untuk dihidang.