Back to Recipe Print

Recipe for "Cream Puff - Filling Ala Ice Cream"


Tips

Cara nak egg wash ambil satu biji telur kuning sahaja campur dgn 2 sudu besar susu. Kacau2 sapu atas creampuff. (yg ni sy x wat pun).

Ingredients

Bahan Puff
Mentega 120 gram
Air 3/4 cawan
Telur (A Pun Boleh B Pun Boleh) 4 biji
Tepung Gandum 1 1/4 cawan
Vanila Powder / Esen Vanila Sedikit
Bahan Filling
Gula 1/2 cawan
Tepung Jagung 3 sudu besar
Susu Segar 275 ml
Esen Vanila / Vanila Powder Sedikit
Whipping Cream Jenama Anchor Uht 125 ml

Instructions

Cara Membuat Puff

1

Panaskan oven dahulu dengan suhu 200 darjah celcius. Untuk membuat puff,campur air dengan mentega. Cairkan mereka atas api.

2

Kite biar dia mendidih sikit. Sikit je tau.. Biasa kalau terlebih mendidih dia jd lain macam sikit creampuffnye.Kite tutup api kejap.

3

Masukkan tepung semua sekali dan juga vanila powder. Sebatikan semua (jd doh). kita buka api semula.

4

Kacau sampai ada satu lapisan kerak atas periuk kita tadi. Dah terbit kerak tu bolehlah kite matikan api dapur. Alihkan dlm mangkuk besar.

5

Masukkan sebiji telur pukul dgn sekuat tenaga sampai semua sebati. Lepas tu kite masukkan telur yg kedua.

6

Telur tak boleh masukkan sekali harung. Kene pukul sebiji demi sebiji.Dah sebati baru boleh masukkan telur yg seterusnya.

7

Sebelum tu kite gris tray dgn minyak takut-takut payah pula nak cabut.Lepastu kita paipkan dia. Paip biar meninggi ke atas bukan meleper.

8

15 minit pertama suhu oven mestilah 200 celsius. 15 minit kedua kite perlahankan suhu jadi 150 celsius.

Cara Membuat Filling

1

Kite campurkan semua bahan filling kecuali whipping cream. Masak atas api. Pakai api pelan jerr tau. Nanti hangit pulak.

2

Kacau pakai whisk dulu biar tak berketul-ketul tepung jagung tu. Lepas tu baru pakai sudip kayu.

3

Sekarang dah siap bahan-bahan yg kite masak atas api tadi. Biar dia sejuk dulu. Teksturnya agak pekat.

4

Bila dah sejuk,kite boleh sambung proses buat filling dgn mix whipping cream kita smpai jadi soft peak. Hati-hati jangan smpai overbeat.

5

Dah dapat soft peak, kite masukkan adunan yg dah sejuk tadi. Masuk sikit-sikit ye. Sebatikan.Bila puff dah sejuk, baru paipkan filling tadi.

6

Untuk hiasan, boleh gunakan dusting powder, tidak pun snow powder..Ia tak sama mcm gula, sbb dia tak akan cair.