Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Masak Merah Ibunda"


Tips

Pastikan, masak kuah ayam masak merah ini sehingga pecah minyak. Kalau tak pecah minyak tak sedap.

Ingredients

Bahan Protein
Ayam 2 kg
Bahan Kisar
Cili Kering (Direbus) 1 mangkuk (sederhana)
Bawang Merah 5 ulas
Bawang Putih 5 ulas
Serai 1 batang
Halia 1 setengah inci
Air Sedikit
Bahan Lain
Cili Besar 3-5 biji
Minyak Masak Secukupnya
Garam Secukupnya
Gula Secukupnya
Sos Cili 2-3 sudu
Serbuk Kunyit 1 sudu

Instructions

1

Cuci ayam , dan potong kepada beberapa bahagian mengikut kehendak masing-masing. Kemudiann, lumurkan ayam dengan serbuk kunyit.

2

Kemudian, goreng kesemua ayam tersebut. Goreng ayam tersebut sekejap sahaja. Angkat ayam dan letakkan di atas pinggan.

3

Kemudian, tumiskan bahan kisar dan gaul hingga sebati.

4

Tambahkan sos cili, garam dan gula untuk mengimbangi rasa. Kemudian, gaulkan hingga sebati.

5

Masak kuah tersebut sehingga pecah minyak. Setelah pecah minyak masukkan cili besar yang dihiris-hiris dan gaul hingga sebati.

6

Masukkan ayam dan gaulkan sehingga semua ayam diliputi kuah masak merah tersebut.

7

Matikan, api dan ayam masak merah sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.