Air | 3 liter |
Gula | 100 g |
Susu Cair | 1 tin |
Serbuk Dadih (Perisa Coklat) | 1 paket |
Gula Buah-Buahan | 1 plastik kecil (ada di sertakan dalam paket serbuk dadih) |
Milo | 4-5 sudu |
Pertama sekali, didihkan air, gula dan susu cair. Setelah mendidih, matikan api.
Kemudian, masukkan serbuk dadih dan Milo ke dalam bahan-bahan yang telah didihkan tadi. Kacau sehingga sebati.
Selepas itu, masukkan gula buah-buahn dan kacau hingga sebati.
Kemudian, sediakan bekas-bekas kecil untuk dituang ke dalamnya. Setelah tuang kesemuanya masukkan ia ke dalam peti sejuk untuk mengeraskannya.
Setelah dadih sudah mengeras, bolehlah menghidangnya. Selamat mencuba.