Sosej | 1 bungkus (12 batang) |
Bawang Merah | 3 ulas |
Bawang Putih | 3 ulas |
Sos Cili | 6 sudu |
Sos Tiram | 1 sudu |
Maggi Cukup Rasa | 1 susu kecil |
Air | Sedikit |
Minyak Masak | Secukupnya |
Basuh sosej dan potong-potong mengikut kehendak anda. Setelah itu, goreng sosej itu terlebih dahulu.
Kemudian, tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk lumat. Tumis sehingga naik bau.
Kemudian, tambahkan sos cili, sos tiram, Maggi cukup rasa dan sedikit air. Gaul hingga sebati.
Selepas itu, masukkan sosej yang telah digoreng tadi. Gaul hingga sebati.
Setelah kuah menggelegak, matikan api dan sosej sedia untuk dihidang.