Back to Recipe Print

Recipe for "Daging Goreng"


Tips

Daging goreng lebih enak dimakan bersama nasi panas dan kicap cili.

Lagi sedap dan lembut jika daging yg telah diperap dibiarkan semalaman sebelum digoreng

Ingredients

Daging Lembu 500 gram
Serai 2 batang - dikisar
Halia Sebesar ibu jari - dikisar
Serbuk Jintan Manis 1 sudu besar
Serbuk Kunyit 1 sudu besar
Serbuk Kari Daging 1 sudu besar
Serbuk Ketumbar 1 sudu kecil
Garam Secukup rasa
Gula Secukup rasa
Minyak Untuk menggoreng

Instructions

1

Daging lembu tadi di basuh bersih dan dihiris halus2. Kemudian sekali lagi dibasuh dan ditoskan airnya

2

Kemudian, daging yg telah dibersihkan dicampurkan bersama bahan yang lain (yang yelah dikisar dan serbuk rempah)

3

Gaul sebati danging bersama rempah ratus dan yg telah dikisar. Masukkan garam dan gula secukuo rasa. Biarkan selama 10 - 30 minit.

4

Selepas 30 minit, panaskan minya ke dalam kuali. Minyak jangan terlalu banyak.

5

Gorengkan daging yg telah digaul dan diperap sebentar tadi.

6

Gorengkan dalam masa 10minit dengan api yang perlahan

7

Tos kan minyak dan siap untuk dihidangkan bersama nasi panas.

Selamat mencuba