Back to Recipe Print

Recipe for "Sup Sayur"


Tips

Jika mahu pedas boleh pecahkan cili api dan masukkan ke dalan sup

Ingredients

Isi Ayam 100 gram
Kubis 200 gram
Carrot 1 biji
Ubi Kentang 1 biji
Batang Saleri 2 batang
Kacang Buncis 100 gram
Putik Jagung 100 gram
Lada Besar 1 biji
Bawang Besar 1 biji
Bawang Putih 2 ulas
Kuih Ayam 1 kiub
Air 500 ml
Minyak 1 sudu besar untuk menumis
Garam Secukup rasa

Instructions

1

Bersihkan isi ayam dan dipotong dadu

2

Semua jenis sayuran (kobis, putik jagung, batang saleri, kacang buncis) dibasuh bersih dan dipotong

3

Ubi kentang dan carrot dibuang kulit serta dipotong kecil atau jejari

4

Bawang besar, bawang putih dan lada besar dihiris halus untuk menumis

5

Panaskan minyak ke dalam periuk. Kemudian tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan lada besar sehingga naik bau

6

Masukkan air sebanyak 200ml terlebih dahulu. Diikuti kiub ayam dan isi ayam. Biarkan dalam 1 minit

7

Kemudian masukkan kentang dan carrot terlebih dahulu untuk memastikan kedua-dua ini empuk dalam masa 10minit

8

Diikuti semua jenis sayur yang telah dipotong tadi. Masukkan garam secukup rasa

9

Tunggu hingga mendidih dan siap untuk dihidangkan.. selamat mencuba