Back to Recipe Print

Recipe for "Ikan Kembung Air Asam"


Tips

Pastikan gunakan ikan kembung segar kerana ia lebih lemak manis.

Ingredients

Ikan Kembung 10 ekor
Asam Gelugor 2 keping
Garam 1 sk
Air Secukupnya
Bahan2 Air Asam
Buah Tomato 2 biji
Bawang Besar 2 labu
Belacan Sebesar ibu jari
Cilipadi 10 tangkai
Cili Merah 2 biji
Air Asam Jawa 2sb
Garam Secukup rasa

Instructions

1

Bersihkan ikan kembung & masukkan dalam periuk bersama asam gelugor & garam. Masukkan air sama paras dgn ikan. Rebus hingga mendidih.

2

Kisar 1 biji tomato, 1 labu bawang besar, belacan, 5 bj cilipadi, 2 bj cili merah bersama air rebusan ikan. Masukkan dalam bekas besar.

3

Hiris bahan2 selebihnya & masukkan dalam bahan kisar tadi. Tambah garam secukup rasa.

4

Masukkan air asam jawa & air perahan limau kasturi. Gaul sebati.

5

Sudukan air asam atas ikan kembung yang telah direbus. Sedia dihidang.