Back to Recipe Print

Recipe for "Ikan Siakap Multi Rasa"


Tips

Pastikan menggoreng ikan dengan minyak yang betul-betul panas supaya ikan tidak melekat pada kuali.

Ingredients

Ikan Siakap Seekor
Nenas 1/4 biji (dipotong dadu)
Tomato 1 biji (dipotong dadu)
Cili Boh 3 sudu besar
Bawang Besar 1 biji (dimayang halus)
Bawang Putih 2 ulas (dimayang halus)
Halia 1/2 nci (dimayang halus)
Sos Cili 2 sudu besar
Sos Tiram 2 sudu besar
Air 500 ml
Daun Sup Sebatang (sebagai hiasan)

Instructions

1

Perapkan ikan siakap dengan serbuk kunyit serta serbuk perasa selama 30 minit. Kemudian, goreng ikan tersebut sehingga garing kekuningan.

2

Panaskan kuali, kemudian tumis bawang besar, bawang putih dan halia bersama-sama sehingga naik bau dan garing.

3

Setelah tumisan naik bau dan garing, tumis pula cili boh bersama-sama. Pastikan cili boh benar-benar masak dan garing.

4

Setelah itu, tambahkan sos cili serta sos tiram. Gaul rata bersama-sama. Masukkan air kerana kuah tersebut akan menjadi terlalu pekat.

5

Setelah kuah masak menggegelak, masukkan pula tomato dan nenas. Elakkan daripada memasukkan tomato dan nenas terlalu awal kerana akan merosakkan zat.

6

Akhir sekali, siap untuk dihidangkan. Curahkan kuah tersebut ke atas ikan goreng siakap ketika panas-panas. Taburkan daun bawang sebagai hiasan.