Back to Recipe Print

Recipe for "Kek Lapis Kastad Keladi Dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa"


Tips

** Kalau guna santan, santan tu tak perlu likat sangat. Santan biasa jer.

Ingredients

Kek Span Keladi
Tepung Gandum- Ayak 150 gm
Baking Powder- Ayak 1 tsp
Telur Gred B 5 biji
Gula Kastor 100 gm
Ovallete 1 tsp
Susu Segar/ Susu Cair 50 ml
Esen Vanilla 1 tsp
Perisa Keladi Dan Pewarna Purple Secukupnya
Minyak Masak 50 ml
Kastad Keladi
Santan Atau Susu Cair 1200 ml
Gula Kastor 1 cawan
Serbuk Agar-Agar 10 gm
Tepung Hoen Kwe Warna Putih 100 gm
Garam Secubit
Perisa Keladi Dan Pewarna Purple Secukupnya

Instructions

Kek Span Keladi

1

Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak.

2

Pukul dengan maksimum speed selama 15 minit atau hingga adunan berkrim.

3

Masukkan minyak masak dan kaup balik dengan spatula hingga sebati.

4

Gris dan alas loyang di dasar sahaja. Tuang adunan.

5

Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit dengan api atas dan bawah.

6

Setelah masak, sisipkan pisau atau spatula di tepi-tepi kek dan terbalikkan ke atas redai. Biar sejuk.

Kastad Keladi

1

Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk jer.

2

Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek.

Cara Melapis Kek Kastad

1

Sedikan loyang. Lapik dasar loyang dengan plastik. Kalau tak nak lapik pun boleh juga.

2

Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.

3

Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan.

4

Utk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. Pancitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi2 kek

5

Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad.

6

Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. Then biar kastad keras.

7

Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepi-tepi loyang.

8

Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad.

9

Hias ikut suka. Cth taburkan kelapa parut kering.

10

Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk.