Back to Recipe Print

Recipe for "Cucur Manis"


Tips

Ada dua kaedah untuk membentuk doh bulat-bulat

1. Basahkan tangan dengan air, ambil sedikit adunan sebesar guli ( kerana doh akan kembong ) bulat-bulatkan dan terus masukkan dalam kuali.

2. Bagi mereka yang takut minyak merecik bila kita gunakan air bolehlah basahkan tangan dengan minyak makan. Kaedah yang sama juga ambil sedikit adunan dan bentukkan bulat, kemudian masukkan dalam minyak panas.

Ingredients

Tepung Gandum 2 cawan
Baking Powder 1 tsp
Gula 1 tbsp
Garam Secubit
Air Suam Secukupnya
Minyak Secukupnya

Instructions

1

Satukan tepung, gula, baking powder, garam hingga sebati.

Masukkan air sedikit Demi sedikit hingga menjadi Adunan cucur.

2

Panaskan minyak. Pastikan minyak benar-benar panas dengan api yang sederhana.Jika minyak panas ia akn cantik kembongnya dan tidak menyerap byk minyak.

3

Senantiasa balik-balikkan cucur dalam kuali supaya cantik bulatnya,.
Bila dah kuning keemasan bolehlah di angkat.

4

Lapiskan dengan tisu dapur supaya minyak meresap pada tisu.