Back to Recipe Print

Recipe for "Pau Goreng / Pau Malaysia"


Tips

Recipe nya sama je macam donat cuma xde lubang kt tgh.

Ingredients

Tepung Gandum 500g
Yis Segera 11g
Marjerin 50
Shortening 1 tbsp
Gula Pasir 2 tbsp
Susu Pekat 2 tbsp
Telur 1 biji
Garam 1/2 tsp
Air Suam 200ml

Instructions

1

Di dlm bekas yang agak besar,tuangkan air suam.Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit & biarkan selama 8-10 minit.

2

Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.

3

Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).

4

Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.

5

Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap.

6

Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci (agak2 je)

7

Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini.

8

Ambil sedikit doh Dan bulat2kan. Doh akn mula mengembang & ringan sementara minyak dpanaskan dgn api perlahan. Gunakan minyak yg banyak untuk mengoreng

9

Setelah minyak agak panas (jgn terlalu panas,nanti gorengan pertama agak hangus) perlahankan sedikit api,

10

Masukkan tetapi jgn terlampau penuh sebab ni akan mngembang lagi ketika digoreng (sbb adunan mengandungi telur). Goreng sehingga kekuningan dan toskan

11

Belah tengahnya dan sudukan sambal Ikan bilis dan timun.