Back to Recipe Print

Recipe for "Popia Kentang"


Tips

Hidangkan dan boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama sos pilihan

Ingredients

Ubi Kentang Direbus Empuk 5 biji
Bawang Besar - Dicincang Halus 1 biji
Bawang Putih - Dicincang Halus 2 biji
Serbuk Lada Putih 1/2 sudu teh
Lobak Merah-Di Potong Dadu Kecil 1/2 batang
Isi Ayam-Dipotong Kecil Sedikit
Daun Sup - Dicincang Halus 3 tangkai
Garam Dan Gula Secukup rasa
Kulit Popia Secukupnya

Instructions

1

Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan lada putih. Kacau seketika.

2

Masukkan isi ayam. Masak sehingga air daging kering. Perasakan dengan sedikit garam

3

Masukkan kentang lecek dan lobak merah. Kecilkan api dan gaul rata semua dan tutup api.

4

Akhir sekali masukkan daun sup. Gaul rata. Sejukkan seketika.

5

Sediakan kulit popia, isikan inti ditengahnya dan gulung kemas. Goreng dengan api sederhana panas hingga perang keemasan.

6

Angkat dan toskan atas paper towel