Ikan Basong | 1/2 kg |
Adunan Tepung Goreng | |
Tepung Gandum | 200 gram |
Tepung Jagung | 2 sudu |
Serbuk Kunyit | 1 sudu kecil |
Maggi Cukup Rasa | 1 sudu |
Serbuk Lada Putih | Secukupnya |
Air | Secukupnya |
Siang ikan basong tersebut dan cuci dengan bersih.
Kemudian, sediakan mangkuk besar dan masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk kunyit, serbuk lada putih, Maggi cukup rasa. Gaul hingga sebati.
Kemudian, tambahkan air dan gaul hingga sebati.
Selepas itu, panaskan minyak untuk menggoreng ikan tersebut. Celupkan ikan tersebut dengan aduanan tepung tadi dan goreng.
Goreng sehingga bertukar warna kecoklatan. Angkat ikan dan sedia untuk dihidang.