Back to Recipe Print

Recipe for "Kway Teow Daging Halia"


Tips

Enak dimakan bersama cili potong.

Ingredients

Kway Teow 1 bungkus
Daun Bawang 1 pokok
Air 2 cawan
Kicap Cair Sedikit
Garam Secukup rasa
Daging (Dihiris Nipis) Secukupnya
Fishcake (Dihiris Nipis) Secukupnya
Halia (Dihiris Nipis-Nipis) 3 inci
Sos Tiram 3 sudu besar
Bawang Putih (Diketuk) 2 ulas
Bawang Merah (Dimayang Halus) 1 biji
Kicap Pekat 1 1/2 sudu makan
Telur-Dipukul 2 biji

Instructions

1

Panaskan minyak dan gorengkan keutiau bersama sedikit kicap cair sebentar. Angkat dan asingkan.

2

Daging diperap bersama sos tiram, halia, serbuk lada hitam dan kicap pekat.

3

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan bahan perap tadi. Kacau rata dan masukkan fishcake

4

Masukkan air dan masak daging hingga lembut dan kuah sedikit pekat.

5

Masukkan telur yang dipukul dan kacau lajuu agar kuah pekat. Perasakan dengan garam

6

Tuangkan ke atas kuetiau semasa menghidang dan taburkan daun bawang di atasnya.