Back to Recipe Print

Recipe for "Talam Pisang"


Tips

Untuk santan, saya gunakan 1 biji kelapa utk lapisan pisang, 1 biji utk lapisan putih.. saya guna kelapa isi putih x campur dgn hitam.

Ingredients

Bahan Lapisan Pisang (Bawah)
Tepung Beras 1 1/4 cawan
Tepung Gandum 1/2 cawan
Gula Pasir 1/2 cawan
Santan 3 1/2 cawan
Pisang - Dilenyekkan 1 cawan
Pewarna Kuning Secukupnya
Garam Secubit
Bahan Lapisan Atas
Santan 3 cawan
Tepung Gandum 3/4 cawan
Tepung Jagung 1/4 cawan
Gula Pasir 1/4 cawan
Garam Secubit
Bahan Lain
Air (Sbb X Menggunakan Santan Kilo) Rujuk langkah 1 & 2

Instructions

1

Utk lapisan pisang, sy masukkan 1 biji isi kelapa putih ke dalam blender,dan 3 1/2 cawan air..blend dan perah dapatkan 3 1/2 cawan santan..

2

Begitu juga dengan yang bahagian putih.. blend dgn 3 cawan air.

Cara Membuat Bahagian Bawah (Pisang)

1

Bancuhkan semua bahan-bahan di atas kecuali pisang.Tapiskan.Masak dengan menggunakan api yang perlahan.Bila hampir pekat masukkan pisang & kacau rata.

2

Masak hingga keluar wap.Rajin kacau,supaya tidak berketul.
Alaskan loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak, tuangkan adunan kedalam loyang.

3

Adunan ni agak likat jadi ratakan dgn senduk plastik agar sekata ketebalannya.

4

Kukus hingga masak (dlm 15 minit) & cakar-cakar dgn garfu pada permukaannya.

5

Ketepikan. Sekiranya ada sedikit air di permukaan, sengetkan loyang dan buangkan air tu guna sudu je/ lap guna tisu dapur.

Cara Membuat Bahagian Atas

1

Satukan semua bahan-bahan di atas,Tapiskan.
Masak dengan menggunakan api yang perlahan,bila naik wap tuangkan adunan keatas lapisan bawah tadi.

2

Rajin kacau supaya tidak berketul..Kalau berketul juga sikit,tekan2 pakai sudu atau lenyek jer..

3

Ratakan supaya mendapat ketebalan yang sekata.

4

Apabila masak, buka tutup pengukus & biarkan atas api selama 10 minit agar wap di atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih talam cepat basi.

5

**Alaskan plastik terlebih dahulu di sekeliling loyang, sapukan sedikit minyak masak dan bolehlah kukus kuih spt biasa.