Back to Recipe Print

Recipe for "Carrot Masak Telur"


Tips

Jangan sagat lobak terlalu halus kerana kurang sedap.Sesuai dimakan dengan nasi atau roti.

Ingredients

Bahan Tumbuk
Cili Padi 3 tangkai
Bawang Putih - Saiz Kecil 3 ulas
Cili Merah 2 tangkai
Bahan Lain
Lobak Merah - Disagat Kasar 1 batang - buang kulit lobak dan cuci
Telur 2 biji
Serbuk Kunyit Sedikit
Garam Secukup rasa
Bawang Besar - Saiz Lebih Kurang 2 Biji Bawang Merah 1 labu
Minyak Masak Secukupnya
Air Lebih kurang 1 cawan

Instructions

1

Tumbuk bahan tumbuk sehingga lumat atau halus.

2

Panaskan minyak, tumis bawang besar tadi sehingga kemerahan dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi, garam dan serbuk kunyit.

3

Kacau sebati dan masukkan setengah cawan air. Sebatikan dan biar air kering barulah masukkan lobak merah tadi.

4

Masak dlm 2 minit kemudian masukkan setengah cawan air. Kacau sekejap sampai air kering masukkan telur dan hancur2kan telur.

5

Apabila telur dah masak dan sebati, tutup api dan sedia dihidangkan.