Back to Recipe Print

Recipe for "Popia Vietnam / Vietnam Spring Roll"


Tips

1) Pastikan semua bahan-bahan sudah disiapkan sebelum mula menggulung kerana "vietnam rice paper" akan mula melekat-lekat sekiranya buat dengan lambat.
2) Resipi asal ada masukkan bihun tapi saya tak masukkan, terpulang pada yang nak membuatnya.
3) Untuk masak sos, guna bekas keluli (steel) supaya tidak hangus kerana bahan-bahan berasaskan kicap akan cepat hangus.
4) Boleh juga cicah dengan sos cili Thai.
5) Boleh juga tambah bahan yang lain seperti sotong, daun pudina dan lain-lain lagi mengikut selera anda.

Ingredients

Vietnam Rice Paper 10 keping
Isi Ketam (Filamen) 10 keping
Timun 1 biji
Udang 100 gram
Salad Ikut keperluan
Bawang Merah (Holand) Sebiji
Sos Ikan 1 sudu
Cili Kisar 3 sudu
Bawang Putih 3 ulas
Bawang Merah Sebiji
Gula Dan Garam Secukup rasa
Sos Ikan 3 sudu

Instructions

1

Untuk sos, tumbuk bawang merah, bawang putih, masak bersama cili kisar dan sos ikan.

2

Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak secukupnya. Kacau dan guna api perlahan.

3

Celur sekejap isi ketam dan udang, potong timun secara memanjang dan basuh sayur salad dan potong kecil supaya muat untuk menggulung.

4

Sediakan air suam dan letakkan dalam pinggan supaya mudah untuk mencelup "rice paper"

5

Sediakan semua bahan dan celup rice paper dalam air suam, celup sebentar sahaja. Lebih kurang 10 saat

6

Letakkan semua bahan, lipat sedikit kiri-kanan dan kemudian gulung seperti biasa. Anggarkan bahan yang diletakkan supaya "rice paper" tidak terkoyak.

7

Kena menggulung dengan cepat supaya "rice paper" tidak melekat-lekat.

8

Setelah siap, boleh dihidangkan bersama sos dan makan segera. Makanan ini tidak sesuai disimpan lama.