Back to Recipe Print

Recipe for "Kek Kukus Masam Manis"


Tips

Utk mengelakkan air penutup kukusan menitik sila balut penutup dgn kain tuala dibahagian dalam

Ingredients

Telur - Yg Sejuk 4 biji
Biskut Cream Crackers - Dikisar & Diayak 2 cawan
Gula Kastor 180 gram
Baking Powder 1 sudu kecil
Ovalette 1 sudu kecil
Butter 250 gram
Esen Vanilla 1 sudu teh
Kepingan Asam Hawflakes Secukupnya
Pewarna Oren & Hijau Secukupnya
Minyak Jagung 3 sudu besar
Susu Pekat Manis 4 sudu besar

Instructions

1

Panaskan air dalam pengukus hungga mendidih, sementara itu boleh mulakan dengan dengan penyediaan adunan kek .

2

Putarkan gula bersama butter hingga kembang

3

Masukkan telur satu persatu, pukul hingga gebu

4

Masukkan serbuk cream crackers, baking powder, esen vanilla, susu pekat manis & minyak jagung..kacau hingga sebati

5

Bahagikan adunan kepada dua bahagian - utk 2 warna

6

Sapukan butter dibahagian dalam & tepi loyang @ alaskan dengan kertas serap minyak

7

Apabila air kukusan sudah mendidih, masukkan dulu lapisan pertama..jangan terlalu tebal..

8

Susun hawflakes (jangan tekan), kukus selama 5-7 minit..ulang langkah yang sama berselang seli warna hingga habis

9

Setelah lapisan yang terakhir selesai, kukus lagi selam 20 -30 minit @ hingga kek masak sempurna

10

Dah masak..biarkan sejuk sedikit baru keluarkan dari loyang