Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Vanggey"


Tips

Resepi asal menggunakan gula merah untuk kuah yg lebih gelap warnanye. Tp saya hanya menggunakan gula biase utk warna yg semulajadi. Mesti rajin kacau kari diatas api utk mengelakkan rempah hangit. Jika suka berkuah boleh letakkan sedikit air.

Ingredients

Ayam 1 ekor
Bahan Kisar
Bawang Besar 3 biji
Bawang Merah 10 biji
Bawang Putih 4 ulas
Halia 4 inci
Serai 2 batang
Cili Kering Dibuang Biji Dan Rebus 15 tangkai
Bahan Tumis
Bunga Lawang 2 kuntum
Kulit Kayu Manis 1 batang
Buah Pelaga 4 biji
Bunga Cengkih 3 kuntum
Serbuk Kari Daging 6 sudu besar
Serbuk Cili 10 sudu besar
Daun Kari 3 batang

Instructions

1

Bersihkan ayam dan tabur sedikit kunyit dan grg separuh masak. Angkat dan toskan.

2

Kemudian masukkan semua bahan kisar kedalam pengisar bersama 1 cawan air dan kisar semua bahan sehingga betul-betul halus.

3

Kemudian panaskan minyak masak yg secukupnya untuk menumis ke semua bahan. Pertama sekali tumis kesemua bahan tumis sehingga naik bau.

4

Setelah naik bau masukkan pula bahan kisar. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan kemudian masukkan serbuk kari dan serbuk cili.

5

Masak sehingga pecah minyak kemudian perasakan dgn garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa.

6

Selepas itu boleh masukkan ayam. Perlahankan api kacau ayam rata sehingga masak.

7

Apabila masak kuah tersebut akan mengeluarkan minyak yg byk. Jd sebelum hidang eloklah kaut dlu minyak yg ada kemudian hidangkan.