Back to Recipe Print

Recipe for "Sayur Kobis Goreng Simple"


Tips

Jika tiada ikan bilis boleh gantikan dgn udang kering. Dan jika anda sukakan kepedasan boleh letak cili padi.

Ingredients

Kobis 300 gram
Ikan Bilis Siap Dikupas 1 sudu besar
Bawang Kecil 2 biji
Bawang Putih 2 ulas
Telur 1 biji

Instructions

1

Hiris sayur kobis, bawang kecil, bawang putih dan bersihkan sebelum dimasak.

2

Kemudian, panaskan minyak, masukkan bwg kecil bwg putih dan ikan bilis.

3

Kacau sehingga ikan bilis npk garing. Kemudian pecahkan telur dan kacau rata.

4

Selepas itu boleh masukkan kobis kacau rata. Goreng sehingga kobis tadi dah nampak lembut dan masak. Kemudian boleh angkat dan hidangkan.