Back to Recipe Print

Recipe for "Roti Saj Cheese"


Tips

Roti ni kalau tidak letak inti pun sedap. Sapukan nuttela sahaja. Pasti sedap.

Ingredients

Tepung Gandum 3 1/2 cawan
Gula 1 sdb
Yis 1 sdb
Garam 1/2 sdt
Air Suam 1 1/2 cawan
Cheddar Cheese Secukupnya

Instructions

1

Campurkan gula, yis dan garam dalam air suam.

2

Gaul rata dan biar sampai berbuih sedikit.

3

Curahkan cecair dalam tepung. Uli semua bahan hingga menjadi doh.

4

Bahagikan kepada beberapa ketulan. Isi kan dgn cheese. ( kosong pun boleh)

5

Panaskan non- stick pan. Lanser kan sedikit minyak.

6

Masukkan doh dan leperkan dengan sudip.

7

Masak kedua- dua bahagian hingga kuning/ sedikit garing.