Back to Recipe Print

Recipe for "Bubur Som Som"


Tips

Untuk bahagian som som, kalau nak guna santan kotak pun boleh. guna kaedah ini :-

Santan diperlukan 1.8liter
Saya guna santan kotak kara 500ml + 500ml air masak. (Jadi 1000ml)
Kacau rata..
+ 800ml air masak lagi.

Ingredients

Bahan Som-Som
Garam 1 sudu kecil
Tepung Jagung 1 cawan
Tepung Beras 1 cawan
Daun Pandan 2 atau 3 helai
Santan 1800 ml
Pewarna Jika Perlu Beberapa titik
Bahan Air Gula Melaka
Gula Pasir 1 cawan
Gula Melaka 2 atau 3 ketul
Garam (Tak Letak Pun Tak Apa) 1/4 sudu kecil
Air 3 cawan
Daun Pandan - Disimpul 2 atau 3 helai

Instructions

1

Masukkan semua bahan som som ke dalam periuk.Jangan buka api lagi. Sebatikan sehingga tiada tepung yang berketul-ketul.

2

Bila tiada ketul-ketul,buka api sederhana dan kacau sehingga tidak mengerutu. Part ini juga boleh letakkan pewarna jika mahu. Jangan berhenti kacau.

3

Bila adunan dah mula pekat dan meletup - letup kacau sekejap dan tutup api.Tuang dalam bekas yang anda suka.

4

Untuk gula melaka, masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga gula larut dan mendidih.

5

Sejukkan dahulu kemudian baru ditapis. Kemudian ambik bubur som som tadi diletakkan ke dalam mangkuk dan dituang gula melaka tadi. Siap.

6

Makan suam-suam boleh,nak makan sejuk pun boleh. Terpulang pada citarasa anda.