Back to Recipe Print

Recipe for "Coconut Candy"


Tips

1- Guna mentega buttercup lebih mudah kerana ia mempunyai garam.Penggunaan mentega perlu dihadkan seminima yg mungkin supaya candy tadi tahan lama.

2- Biasanya saya ambil secubit adunan panas tadi, gentel jd bola kecil dan masukkan dlm cawan berisi air kosong. Jika bola itu tak terurai, maksudnya adunan dah hampir siap. Ini cara saya testing nak tahu adunan dah masak atau belum. (utk langkah kedua)

Ingredients

Kelapa Parut - Sangai Supaya Kering 400 gram
Susu Pekat 3/4 tin kecil
Gula Halus 3/4 cawan
Esen Vanila / Vanila Powder Sedikit sahaja
Pewarna Yang Anda Suka Beberapa titis
Mentega Buttercup - Rujuk Tips 1/2 sudu besar

Instructions

1

Sebatikan kelapa parut, gula dan susu pekat dalam periuk non stick, guna senduk kayu. Alih ke atas dapur dan masak guna api sederhana / kecil.

2

Kawal api supaya sentiasa pada api kecil. Kacau sebatian tadi sehingga pekat dan sebati. ( yg ni lebih kurang 30 minit).

3

Adunan akan sebati, kering dan hampir boleh dibentuk bola . .mcm wajik lar yer. Boleh rujuk tips untuk mengetahu tentang adunan.

4

Sekarang masukkan esen dan pewarna (elok masukkan dua bahan ni di peringkat akhir supaya warna tak pudar masa kacau tadi dan bau esen tak hilang

5

Kacau sebati dan tutup api. Masukkan mentega dan kacau sebati. Alihkan adunan ke loyang yang siap digris.

6

Leperkan adunan panas tadi ikut ketebalan yg disukai. Step ni kena buat masa adunan masih panas. Boleh guna sarung tangan plastik utk leperkan.

7

Sejukkan dan potong ikut bentuk yg disukai. Biarkan kering semalaman sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.Saya dapat 1 tupperware sahaja.

8

Coconut Candy ini boleh tahan 3 minggu.