Back to Recipe Print

Recipe for "Sambal Kicap Bilis"


Tips

1) Kandungan kicap terpulang banyak mana diperlukan ikut citarasa tekstur yang anda suka.

2) sekiranya tidak suka lemon boleh guna limau nipis or limau kasturi.

3) Sambal boleh disimpan dalam bekas tertutup dan disimpan dalam peti ais. Bole digunakan bila2 anda perlukan.

Ingredients

Ikan Bilis Segemgam
Cili Padi (Terpulang Kepedasan Yg Suka) Segemgam
Belacan Sedikit
Bawang Merah (Besar Or Kecil) 4 ulas
Bawang Putih 2 labu
Garam Secubit
Gula 2 camca
Kicap (Kuantiti Ikut Citarasa Anda) 2 camca
Lemon (Optional) 1/2 biji

Instructions

1

Dalam kuali tanpa minyak, bakar belacan kemudian ketepikan. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Tos dan ketepikan.

2

Gunakan minyak yang sama gorengkan cili padi, bawang merah dan bawang putih sehingga wangi dan sedikit layu. Setelah siap, angkat dan toskan minyak.

3

Sediakan blender or food processor, masukkan kesemua bahan-bahan yang digoreng termasuk belacan. Masukkan juga garam, gula, kicap dan perahan air lemon.

4

Kisar kesemua bahan tadi sehingga sedikit halus atau halus sepenuhnya. Ikut citarasa tekstur yang anda suka. Saya kisar sedikit sahaja :)

5

Sambal ni boleh dimakan dengan nasi yang panas atau boleh juga gunakan sebagai pes untuk menggoreng nasi, sayur, bihun