Back to Recipe Print

Recipe for "Bubur Jagung Labu"


Tips

Biji sagu hendaklah direndam terlebih dahulu supaya cepat kembang bila dimasak.

Ingredients

Jagung 5 tongkol atau 2 tin jagung
Santan Kelapa 1 mangkuk
Labu Kuning ( Dipotong Dadu ) 1/4
Biji Sagu ( Direndam) 2 sudu besar
Gula 1 cawan
Garam 1sudu kecil

Instructions

1

Parut atau hiris semua jagung dan masukkan kedalam periuk.Masukkan santan dan gula, kacau perlahan hingga mendidih.

2

Lepas itu letakkan garam satu sudu kecil, rasa lemak masin dan manisnya.

3

Apabila jagung sudah masak masukkan pula labu dan juga biji sagu yang direndam tadi.

4

Apabila labu dah empuk boleh ditutup apinya. Siap untuk dihidang, sesuai dimakan semasa suam atau sejuk.l