Back to Recipe Print

Recipe for "Gulai Ayam Terengganu"


Tips

Penggunaan ayam kampung memang sesuai berbanding ayam bandar, kerana resepi ini akan bertambah sedap dan likat. Ayam bandar cepat hancur tetapi ayam kampung boleh masak lama dengan api kecil kerana agak liat berbanding ayam bandar.

Ingredients

Ayam 1 ekor
Rempah Gulai (Terengganu Cap Ros) 4 sudu
Rempah Masak (Terengganu Cap Ros) 2 sudu
Bawang Merah (Kisar) 8 ulas
Bawang Putih (Kisar) 3 ulas
Halia (Kisar) 2 inci
Lengkuas (Kisar) 1 inci
Kunyit (Kisar) 1 inci
Bunga Lawang 2 biji
Buah Pelaga 2 biji
Kulit Kayu Manis (Dipatahkan) 1 batang
Bunga Cengkih 3 biji
Bawang Besar & Putih & Halia (Dimayang Halis) Untuk tumis
Santan 2 cawan
Air 1 liter
Cili Kering (Kisar) 1 senduk
Asam Keping 2 keping
Gula (Gula Melaka) Dan Garam Secukup rasa
Kerisik 2 sudu

Instructions

1

Potong ayam dan bersihkan. Rempah gulai dan rempah masak dibancuh dengan air.

2

Dalam periuk masukkan ayam, rempah gulai dan rempah masak, kerisik dan bahan kisar (bawang, halia, lengkuas, kunyit serta kerisik - tutup periuk

3

Sementara itu, dalam kuali tumis bahan penumis, bawang besar, bawang putih dan halia. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga naik minyak.

4

Masukkan bahan tumis dan cili kering yang telah siap ditumis dalam periuk isi ayam dan tuangkan santan serta air.

5

Masukkan asam keping, perasakan gula dan garam. (Sesuai gunakan gula melaka)

6

Bila dah menggelegak, kecilkan api biar sehingga naik minyak dan betul2 masak.

7

Sedia untuk dihidangkan.