Back to Recipe Print

Recipe for "Ikan Masam-Masam Manis"


Tips

Saya menggunakan isi ikan merah. Boleh juga gunakan ikan lain.

Ingredients

Ikan Merah 4 keping
Bawang Besar 1 biji
Bawang Putih 2 ulas
Cili Merah 1 biji
Sos Tomato 3 sudu
Sos Cili 3 sudu
Sos Tiram 2 sudu
Minyak Untuk Menggoreng Secukupnya
Nenas Kiub 1/2 cawan
Gula Secukup rasa

Instructions

1

Cuci ikan dan perap dengan garam dan kunyit.

2

Goreng ikan dan toskan.

3

Dalam kuali yang sama, kurangkan minyak gorengan ikan tadi tinggalkan lebih kurang 5 sudu sahaja.

4

Tumis bawang besar, bawang putih dan cili sehingga naik bau.

5

Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram dan masukkan nenas kiub- masukkan air 1/2 cawan dan masukkan gula.

6

Masukkan ikan dan perlahankan api - masak sehingga terbit minyak.

7

Boleh dihidangkan dengan bahan hiasan, tomato, timun potongan kiub.