Back to Recipe Print

Recipe for "Buah Melaka (Onde-Onde)"


Tips

Air daun pandan menjadikan buah melaka wangi
Jika tiada daun pandan boleh gunakan pewarna hijau.

Ingredients

Tepung Pulut 300gm
Tepung Beras 2 sudu besar
Daun Pandan 4 helai
Air 3 cawan
Gula Melaka (Nissan) 1 ketul besar (dipotong kiub)
Kelapa Parut 1 cawan
Garam 1/2 sudu

Instructions

1

Daun pandan dikisar dengan 3 cawan air (tapiskan airnya)

2

Dalam bekas, masukkan tepung pulut dan tepung beras gaulkan dengan air daun pandan
Masukkan sedikit demi sedikit air mengikut tahap uli tepung

3

Jangan biarkan tepung melekat, jika melekat ambil sedikit tepung pulut utk menjadikan tekstur nya sesuai untuk dibulat2

4

Ambik sedikit tepung uli tadi (sebesar 50 sen) dan masukkan gula melaka bentuk kiub tadi dan jadikan bulat2

5

Dalam masa yang sama, rebus air dalam periuk hingga mendidih

6

Dalam bekas ambil kelapa parut dan gaul dengan sedikit garam - ketepikan

7

Masukkan buah melaka tadi dalam air didihan

8

Bila biji2 tadi timbul dalam periuk air didihan maksudnya dah masak, boleh angkat dengan tapisan

9

Terus masukkan buah melaka tadi dalam gaulan kelapa parut, golek2kan biar rata kelapa

10

Buat sehingga habis

11

Sedia untuk dihidangkan