Back to Recipe Print

Recipe for "Ikan Kembung 3 Rasa"


Tips

Ikan yang best dimasak 3 rasa ni biasanya ikan kembung, siakap atau kerapu.

Ingredients

Ikan Kembung 1 ekor
Air 100 ml
Minyak 2 sudu besar
Garam Secukup rasa
Bahan Cincang Halus
Bawang Merah 5 ulas
Bawang Putih 3 ulas
Halia Muda 3 cm
Cili Merah 2 biji
Bahan Dihiris Halus
Bunga Kantan 1/2 kuntum
Daun Limau Purut 2 helai
Cili Padi 5 biji
Nenas 1 potong
Bahan Sos
Cili Kisar 3 sudu besar
Sos Tomato 1 sudu besar
Sos Cili 2 sudu besar
Sos Ikan 2 sudu besar
Kicap Manis 1 sudu kecil
Limau Nipis/lemon 1 sudu besar
Gula 1 sudu besar

Instructions

1

Ikan boleh disediakan samada mahu dikukus atau digoreng.

2

Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah dicincang selama lebih kurang 1 minit.

3

Masukkan cili kisar dan goreng sehingga agak masak dan selepas itu masukkan bahan-bahan sos yang telah digaulkan dalam mangkuk. Kacau sehingga rata.

4

Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan yang telah dihiris bersama dengan air kukusan (jika ikan dikukus atau gunakan air biasa jika goreng) dan garam secukup rasa. Masukkan sekali nenas yang dipotong saiz kiub kecil. Masak sehingga kuah agak pekat sedikit.

5

Tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus atau yang telah digoreng.

6

Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih yang panas. Selamat mencuba :)