Pucuk Paku | 2 ikat |
Ikan Selayang | 4 ekor |
Santan | 1/2 biji |
Kelapa Parut | 1/2 biji |
Bawang Merah | 5 biji |
Lada Hitam | 1 1/2 sudu besar |
Limau | 1-3 biji |
Bersihkan pucuk paku dan potong kecil2. panaskan air dan celurkan pucuk paku apabila air sudah menggelegak.
Toskan pucuk paku yang sudah masak. Kemudian, goreng kelapa parut dalam kuali tanpa minyak sehingga kekuningan.
Setelah kekuningan, tumbuk kelapa parut tadi menggunakan lesung. Tumbuk sehingga hancur/halus sahaja.
Rebus ikan. Setelah ikan masak. Ambil isi sahaja kemudian tumbuk isi ikan bersama dengan lada hitam.
Hiris bawang merah. Masakkan santan sekejap jangan sampai menggelegak.
Campurkan semua dalam satu bekas. isi ikan yang ditumbuk, pucukpaku, bawang merah, kelapa parut, santan. Perasakan dengan garam. Gaul sebatikan.
Perah asam limau untuk sedikit rasa masam.