Back to Recipe Print

Recipe for "Apam Polkadot"


Tips

*Pelbagai corak & design boleh dilukis berdasarkan kreativiti masing2.
*Susu cair boleh diganti dengan santan kotak & filling dgn kaya.
*Untuk menjadikan apam tahan lama, pegang apam dgn glove plastik atau tangan tidak menyentuh apam.

Ingredients

Telur 3 biji
Gula Pasir 1 cawan
Ovallate 1 sudu besar
Esen Vanila 1 sudu kecil
Tepung Gandum 2 cawan
Baking Powder 2 sudu kecil
Susu Cair 1 cawan
Jam Kesukaan Secukupnya
Pewarna Merah, Hitam & Hijau. Beberapa titik
Piping Bag 4 keping
Mangkuk Kertas Secukupnya

Instructions

1

Pukul telur, gula & ovallate hingga kembang/putih.

2

Masukkan esen vanila & pukul lagi.

3

Ayak tepung & baking powder. Masukkan ke dalam adunan berselang seli dgn susu cair sikit demi sedikit. Kacau sebati.

4

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian:
2 sb diwarnakan dgn pewarna hijau.
2 sb diwarnakan dgn warna hitam.
Dan selebihnya diwarnakan dgn warna merah.

5

Masukkan adunan ke dlm piping bag. Masukkan juga jam ke dalam piping bag.

6

Panaskan pengukus.

7

Susun mangkuk kertas dlm loyang. Paip kan adunan merah 3/4 mangkuk kertas, paipkan jam, paipkan adunan merah utk menutup jam.

8

Paipkan adunan hijau & hitam berbentuk tembikai & strawberry.

9

Kukus selama 10-15 minit. Ulang hingga adunan habis.