Back to Recipe Print

Recipe for "Ikan Bilis Cili Bersama Kentang"


Tips

1. Jangan letak terlalu banyak garam kerana ikan bilis itu sendiri sudah masin.

Ingredients

Ikan Bilis Segenggam
Kentang Sebiji
Bawang Merah Kecil Sebiji
Bawang Putih Seulas
Cili Padi 3-4 biji (nak pedas, boleh letak lebih)
Minyak Secukupnya untuk menggoreng
Garam Secukup rasa

Instructions

1

Basuh ikan bilis dan Toskan. Kemudian goreng sehingga garing. Letakkan di tepi.

2

Kupas kulit kentang dan hiris nipis (untuk mendapatkan rasa yang crispy). Selepas itu, basuh bersih. Goreng kentang yang dihiris nipis tadi sehingga keperangan. Letakkan di tepi.

3

Hiris bawang merah dan bawang putih nipis-nipis. Cili padi juga dihiris nipis. Tumis bawang merah, bawang putih bersama cili padi tadi sehingga naik bau. Masukkan ikan bilis dan kentang yang sudah siap digoreng tadi. Gaul rata dan perasakan dengan garam secukupnya. Siap. Selamat mencuba :)