Back to Recipe Print

Recipe for "Tauhu Bunga Teratai Cantik Manis "


Tips

tips untuk buat kelopak tauhu
Terbalikkan dulu baru dibuang isi tauhu
Lepas gunting pangkah X, masukkn ibu jari kt lubang x, n terbalikkn perlahan2 jgn sampai terkoyak

Ingredients

Tauhu Pok - Berbentuk Segi Empat Siap Digoreng 10 biji
Isi Udang Dicincang Segengam
Isi Ayam Cincang Segengam
Bawang Merah & Putih Cincang 1 biji
Telur 1 biji
Mix Vegie Segengam
Daun Sup - Dihiris Halus Sedikit
Serbuk Lada Sulah & Lada Hitam Sedikit
Garam Sedikit
Serbuk Keju Parmesan Utk Sensasi Rase Lemak2 Secukupnya

Instructions

1

Tahu Pok di gunting bentuk cross X di atasnya, terbalikkan & korekkan isi tahu sehingga habis (pic kanan atas). simpan isi tahu pok untuk bahan inti

2

Campurkan isi tauhu tadi dengan semua bahan lain dlm 1 bekas. perisakan dengan sedikit serbuk lada sulah, lada hitam dan garam.

3

Gaulkan semua bahan hingga sebati. Ambil inti dan sumbat dengan ke dalam tauhu pok yang telah dibelah tadi

4

Panaskan minyak api sederhana sahaja untuk goreng tenggelam tahu pok yang telah disumbat inti

5

Balik2kan tahu hingga bertukar warna kuning keemasan dan garing. Angkat dan tos tauhu teratai

6

Hidangkan bersama thai sos atau sos pilihan anda. Sedap dimakan panas2