Back to Recipe Print

Recipe for "Mee Kari"


Tips

Tambahan makanan laut lain seperti kerang akan memaniskan lagi kuah mee kari.
Tumis dgn menggunakan minyak yg mencukupi supaya rempah kari masak dgn cantik (jgn guna terlalu sikit minyak)
Kepekatan kuah mengikut citarasa masing2, jika suka kuah yg sedikit cair, lebihkan air.

Ingredients

Mee Kuning 2 paket
Udang 15 - 20 Ekor
Isi Ayam 400gm
Fish Ball 1 paket kecil
Fish Cake 1 paket kecil
Rempah Kari 1 setgh paket kecil
Ikan Bilis (Ditumbuk) / Kiub Ikan Bilis Segenggam / 1 kiub
Santan 200ml
Air 4-5 cawan
Telur Rebus 4 biji
Kisar Bersama
Bawang Merah 7 ulas
Bawang Putih 5 ulas
Lengkuas 1 setgh inci
Kunyit Hidup 1 inci

Instructions

1

Kisar kan bawang merah, bawang putih, lengkuas dan kunyit hidup bersama

2

Panaskan minyak, tumis bahan yg dikisar sehingga wangi. Masukkan rempah kari dan tumis bahan hingga pecah minyak. Masuk sekali ikan bilis atau kiub ikan bilis.

3

Masukkan pula isi ayam yg sudah dipotong dadu. Campurkan sedikit air jika bahan tumisan terlalu kering. Apabila isi ayam masak, masukkan fish cake, fish ball dan udang.

4

Kemudian, tambahkan air dan tunggu hingga mendidih. Terakhir masukkan santan. Kepekatan kuah mengikut citarasa masing2.

5

Mee kuning dan sayur2 seperti sawi dan taugeh, dicelur sebentar dalam air panas. Hidangkan mee kari dgn telur rebus dan tabur bawang goreng semasa menghidang. Selamat mencuba!