Back to Recipe Print

Recipe for "Bento Kuetiow Owl"


Tips

Utk menghias bento anda cuma perlu guna bhn2 lebihan atau apa2 yg ada di dapur mengikut kreativiti.. Tak perlu ambil masa yg lama.. Saya juga ibu yg bekerja..saya cuma ambil masa kurang dari 10mnt utk menghias bento..

Ingredients

Kuetiow 1 bungkus
Bawang Putih (Diketuk) 2 ulas
Bawang Merah (Hiris) 1 labu
Daging Ayam (Potong Kecil) 100 gm
Udang 100 gm
Sawi 1 batang
Telur 1 biji
Cili Giling 2 sudu besar
Sos Tiram 1 sudu besar
Kicap Manis Secukupnya
Garam Secukup rasa
Bahan Hiasan
Timun (Dihiris Bulat) 2 keping
Sengkuang Cina 2 keping
Seaweed 1 keping
Stawberry (Potong Hujungnya) 1 biji
Salad 1 kelopak

Instructions

1

Mula2 panaskan minyak dalam kuali
Tumiskan bawang putih hingga naik bau
Masukkan cili giling dan bawang merah

2

Selepas itu masukkan isi ayam & udang
Bila bhn mentah dah kelihatan hampir masak, pecah kan telur & kacau sekejap, kemudian masukkan sayur

3

Masukkan sos tiram
Lepas tu masukkan kuetiow dan kicap

4

Teruskan menggaul, jika kurang masin, tambah lg sedikit garam..siap..

Cara2 menghias bento

1

Masukkan kuetiow ke dlm mangkuk bulat, padatkan dan terus masukkan kedlm tupperware/bekas bento

2

Hiaskan dgn timun dan sengkuang tadi utk bentuk mata. Jika tak ada sengkuang cina bole tukar guna carrot atau fish ball yg direbus dulu & potong bulat

3

Kenudian potong seaweed dng cutter berbentuk bulat atau dengan menggunakan gunting utk dijadikan anak mata

4

Potong hujung stawberry utk buat bentuk paruh burung.. Kalau tak ada strawberry bole digantikan dgn cili besar (potong hujungnya) atau pun carrot..

5

Salad potong dua utk dijadikan sayap burung.. Siap.. Pasti anak puan teruja nak makan sayur lepas nih.. Cubalah!