Back to Recipe Print

Recipe for "Pizza Roti Gardenia"


Tips

1. Kalau tiada sos prego, boleh gantikan dengan sos tomato.

2. Daging cincang boleh ganti dengan sosej sahaja kalau nak piza yang mudah.

Ingredients

Roti Gardenia 4 keping
Daging Cincang 400gm
Bawang Holland 1 biji
Keju Cheddar 5 keping
Cendawan Butang 5 ketul
Sosej 2 batang

Instructions

1

Daging cincang dimasak dulu separuh masak bersama bawang. Tambahkan garam & gula sebagai perasa. Tutup api & ketepikan untuk sediakan loyang.

2

Penyetkan roti supaya leper & susunkan memenuhi loyang.

3

Sapukan sos prego pada lapisan roti tersebut.

4

Sekarang boleh penuhi lapisan dengan daging cincang & cendawan serta sosej yg dihiris halus.

5

Lapisan atas sekali letak keju, patah-patahkan & susun seperti tikar mengkuang.

6

Bakar pada suhu 170°C (api atas sahaja) selama 15minit atau sampai keju cair & daging masak.